Monday 9 November 2015

Repair Kereta


Masyallah,begitulah kehidupan.
Setiap yg hidup,tidak akan kekal lama.pasti akan rosak atau menemui ajal.

Begitulah kisah utk hari ini.
Membaiki kereta di arab saudi memang suatu perkata yang paling leceh.
1)kena cari pakar yang mahir membaiki

Saturday 24 October 2015

Menjalin Ukhuwah dalam Piala Persada Madinah 2015 (Bola Sepak)


Alhamdulillah,syukur pada Allah taala yang mempermudahkan segala urusan.


Jumaat,23 Oktober 2015 bertempat futsal Samba merupakan hari berlangsungnya Perlawanan  Bola Sepak bagi Piala Madinah.Masyallah,ini juga tahun pertama untuk saya menyertai Piala ini setelah 4 tahun berada di Madinah al-Munawwarah.



Mungkin sebelum ini,saya jenis xkisah apa yang berlaku atau disibukkan dengan hal-hal luar.tetapi kali ini memang berbeza.Mungkin saya merasakan saya sudah menjadi pelajar senior dan hendak beramah mesra dengan pelajar-pelajar tahun akhir.ini merupakan tahun atau semester akhir mereka berada di Madinah al-Munawwarah.

Tambahan lagi,terlalu banyak wajah-wajah baru yang saya langsung xdapat mengenali mereka melainkan berjumpa dalam program-program seperti ini.Di bawah batch saya,ada 4 generasi (Bawah Sy,Salam,Islah dan JAIS).


Memang sesuai dengan tema program.

Road to Samba,More Than A Game.

Bayangkan jika satu Piala ada 11 pemain x 9 team = 99 orang dan ini tidak termasuk pengadil mahupun penonton.Sebab itu saya paling suka game bola sepak & paling meriah berbanding game-game lain.Ini tidak termasuk dimeriahkan dengan gerai jualan makanan.


Sesungguhnya setiap amalan bergantung pada niat.



Rasulullah saw pernah ditanya oleh seorang sahabat, “Wahai Rasulullah kabarkanlah kepadaku amal yang dapat memasukkan aku ke surga”. Rasulullah menjawab; “Engkau menyembah Allah, jangan menyekutukan-Nya dengan segala sesuatu, engkau dirikan shalat, tunaikan zakat dan engkau menyambung silaturahmi”. (HR. Bukhari)

“Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah ia menyambungkan tali persaudaraan” (H.R. Bukhari-Muslim)

Misi saya
1.Ukhuwah
2.Menang (jika dimudahkan)

Ringkas cerita,kami dimudahkan urusan oleh Azza wa Jalla dapat bermain sehingga ke Final.Saya juga berazam pada diri saya untuk menjaga kesihatan terutama dalam senaman.sebab waktu senaman saya boleh dihitung dengan jari.xsilap saya dalam tahun 2015,ini kali ketiga saya bermain dan bersenam.1)perlawanan bola sepak KASUKE 2015 (mewakili rumah merah) 2) dua minggu sebelum game PPM 3)Piala PPM..

Allah Mustaan,otak yang cergas dari badan yang sihat.
Oh,nama pasukan saya adalah CEROI FC dan kami dianugerahkan Naib Johan PPM 2015.
Jazkallah kheir jaza kepada sahabat-sahabat sepasukan.
1)Midon
2)fikir Salim
3)wan Haris
4)fathan adi
5)wara
6)syakirin
7)toriq
8)yunus (Anugerh Penjaga Gol Terbaik PPM 2015)
9)Hizami
10)Luqman (Kapten)
11)Hood Shah

Alhamdulillah,bersyukur atas kurniaan yang diberikan.Jika bersyukur,Allah akan tambahkan lagi.

Program Kami berakhir jam 1.30 Pagi!

So,Next Mission

1)Jadual Senaman & Fitness
2)fokus pada misi Akal Cergas daripada badan yang sihat!
3)berukuwah melalui Bola Sepak

More than A Game~
Ceroi FC 


Pingat Naib Johan PPM 2015